Saturday, 26 November 2011

Hanya Awak..

Awak, maafkan saya kerana terpaksa memendam rasa ini,
Awak tau,
Ianya bukan sesuatu yg sangat mudah,
Tapi, saya harus tegarkan hati untuk terus melalui semua ini.

Awak,
Kadang2 saya rasa tak kuat sangat tuk terus pura2,
Awak tau,
Semua ini, amat sukar tuk tersenyum seolah2 saya redha dengan semuanya,
Tapi...saya terus melawan rasa yang ada dihati ini.

Saya bukan yang sempurna,
Saya juga bukan yang terbaik,
Tapi awak, saya akan sentiasa ada untuk memastikan awak bahagia..
Biarpun ianya masih tanda tanya, hati selalu memberontak...
Tapi....saya senang andai awak terus tersenyum ceria,
Awak tetap dalam hati saya..walau apapun yang terjadi.


MAJ

No comments:

Post a Comment